Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Melalui Wallet GoPayz
1. Selepas anda buka aplikasi GoPayz, pada laman utama, terdapat beberapa cara untuk tambah nilai kredit prepaid dan salah satu caranya dengan menekan pada View All.
2. Kemudian, tekan Phone & Internet.
3. Seterusnya, anda perlu memilih jenis telco untuk tambah nilai ini dari senarai yang diberikan.
4. Selepas itu, isikan saja nombor telefon tersebut pada ruangan yang disediakan.
5. Dibawahnya pula, anda perlu memilih amaun tambah nilai ini dari senarai yang diberikan. Jika sudah selesai, tekan Next.
6. Pada Transaction summary ini, pastikan nombor telefon dan amaun tambah nilai yang dipaparkan adalah betul. Jika anda mempunyai GoPayz atau Shop promo code, boleh isikan saja kod tersebut pada ruangan yang disediakan.
7. Atau jika anda ingin tebus mata ganjaran GoPoints sekiranya mempunyai points yang mencukupi, boleh saja lakukan penebusan ini dengan menekan pada Redeem.
8. Dibawah sekali, pilih saja jenis bayaran untuk tambah nilai ini sama ada dari akaun Wallet GoPayz dan sebagainya.
9. Untuk sahkan transaksi ini, isikan saja 6 digit GoPIN anda pada ruangan yang disediakan.
10. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini.