Cara Tambah Nilai Kredit Prepaid Melalui Aplikasi GO by Bank Islam
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi GO by Bank Islam, pada laman utama ini, tekan pada Top Up yang terletak di bawah.
2. Seterusnya, tekan New Top Up.
3. Pada laman ini, lengkapkan saja butiran tambah nilai kredit ini seperti jenis telco, jenis produk prepaid, jenis tambah nilai, nombor telefon penerima kredit top up dan amaun tambah nilai ini pada ruangan yang disediakan.
4. Jika sudah selesai, tekan Top Up.
5. Sahkan maklumat transaksi ini seperti amaun tambah nilai kredit, jenis telco dan nombor telefon seperti yang tertera ini adalah betul.
6. Tekan pada Confirm.
7. Untuk teruskan proses transaksi ini, tekan Approve.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit tambah nilai ini, tekan Share.