Cara Perbaharui Dan Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui Portal mySIKAP Guna Telefon
Cara untuk renew dan perbaharui lesen memandu anda secara dalam talian di portal mySIKAP melalui browser di telefon masing-masing.
Anda boleh semak terus di aplikasi MyJPJ untuk melihat status terkini lesen memandu anda. Mengikut pengalaman kami, status lesen terkini anda akan terus dikemas kini selepas transaksi berjaya di mySIKAP.
1. Anda perlu layari portal mySIKAP di pautan https://public.jpj.gov.my/public/login.zul.
2. Pada laman log masuk ini, isikan saja ID Pengguna, kata laluan dan kod sekuriti pada ruangan yang disediakan. Butiran log masuk ini adalah sama seperti MyJPJ. Jika sudah selesai, tekan Log Masuk.
3. Pada laman utama ini, tekan pada Lesen Memandu.
4. Seterusnya, tekan pada Perbaharuan Lesen Memandu.
5. Pada laman ini, untuk bahagian Jenis Lesen, pilih Lesen Memandu Kompeten.
6. Manakala, untuk tempoh, pilihlah tempoh yang disenaraikan dari setahun hingga sepuluh tahun.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Cari.
8. Pada laman ini, ia akan paparkan butiran lesen memandu anda. Untuk teruskan proses perbaharuan ini, tekan Bayar.
9. Selepas itu, ia akan paparkan jumlah yang perlu dibayar. Pada nombor 2, anda diberi beberapa kaedah pembayaran sama ada secara kad atau online banking.
10. Sebagai contoh, kami tekan Perbankan Internet dan pilih Individu.
11. Kemudian, anda perlu pilih jenis bank untuk pembayaran ini.
12. Jika sudah selesai, tekan Bayar dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
13. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun resit pembayaran, tekan Cetak Resit. Manakala untuk mencetak lesen memandu ini, tekan Cetak Lesen Memandu.