Cara Tambah Maklumat Kad Untuk Pembayaran Pengisian Petrol Melalui App Shell Asia

Terdapat beberapa cara untuk menambah maklumat kad bagi pembayaran pengisian petrol di stesen Shell menggunakan aplikasi Shell Asia.

1. Bagi yang baru mendaftar, anda boleh tekan pada Add payment method di laman utama ini.

2. Atau tekan pada Account yang terletak dibawah.

3. Seterusnya, tekan Manage payment methods.

4. Selepas itu, tekan Credit / Debit Card.

5. Jika ingin menambah lebih dari satu kad, tekan Add new payment method.

6. Pada laman ini, isikan butiran kad tersebut seperti nama pemegang kad, nombor kad, tarikh luput dan CVV pada ruangan yang disediakan.

7. Tekan Add Card dan lengkapkan saja proses tersebut sehingga selesai.

Selepas ini, anda boleh membuat bayaran untuk pengisian petrol di stesen Shell menggunakan telefon melalui aplikasi Shell Asia tanpa perlu lagi beratur di kaunter.

Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di GO by Bank Islam
Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Bank BSN Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di myBSN

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *