Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di GO by Bank Islam
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi GO by Bank Islam secara JomPAY.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi GO by Bank Islam, pada laman utama ini, tekan pada Pay yang terletak di bawah.
2. Seterusnya, tekan JomPAY.
3. Pada laman ini, tekan New Payment.
4. Pada laman JomPAY ini, untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.
5. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.
6. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.
7. Untuk Amount, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan.
8. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat tersebut.
9. Sekiranya sudah selesai, tekan Pay Now.
10. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Confirm.
11. Untuk teruskan proses transaksi ini, tekan Approve.
12. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit transaksi ini, tekan Share.
Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.
Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.