Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Bank BSN Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di myBSN
Jom ikuti cara untuk lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun Bank BSN ke akaun Tabung Haji di myBSN melalui pelayar web dari telefon anda.
1. Anda perlu layari portal myBSN di pautan www.mybsn.com.my dan log masuk ke akaun seperti biasa. Pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.
2. Selepas itu, tekan pada Payments dan JomPAY.
3. Pada bahagian ini, lengkapkan maklumat yang diminta seperti jenis akaun untuk pindahan ini dan pindahan ke akaun baru. Untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.
4. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.
5. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.
6. Untuk Amount, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan.
7. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat tersebut.
8. Tekan Submit.
9. Kemudian, anda akan dapat satu mesej pop up dari aplikasi BSNSecure atau anda boleh terus saja buka aplikasi ini. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Approve.
10. Kemudian, anda perlu pergi semula pada laman myBSN tadi. Ia akan paparkan status transaksi tersebut. Anda diberi pilihan untuk cetak atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Get Receipt.
Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.
Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.