Cara Keluarkan Duit Tabung Haji Dan Transfer Ke Akaun Maybank Secara Online Melalui MAE by Maybank2u

Sebelum anda lakukan pindahan duit dan keluarkan simpanan dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank melalui aplikasi MAE, pastikan anda telah pautkan atau link akaun Tabung Haji ke Maybank2u terlebih dahulu sebelum lakukan pengeluaran ini.

1. Selepas anda buka atau log masuk ke aplikasi MAE, pada laman utama ini, tekan Accounts yang terletak di bawah.

2. Kemudian, tekan pada jenis akaun simpanan anda bagi pindahan duit ini.

3. Seterusnya, tekan Transfer.

4. Selepas itu, pada bahagian atas, anda perlu swipe atau tarik ke arah kiri dan tekan Tabung Haji.

5. Untuk transaksi pengeluaran ini, tekan Tabung Haji.

6. Pada laman ini, untuk bahagian From, anda perlu pilih jenis akaun Tabung Haji untuk pengeluaran ini.

7. Manakala, untuk bahagian To pula, anda perlu pilih jenis akaun Maybank penerima sama ada akaun sendiri, akaun MAE atau pihak ketiga.

8. Tekan Continue.

9. Kemudian, isikan saja amaun pengeluaran duit Tabung Haji tersebut pada ruangan yang disediakan.

10. Tekan Next.

11. Selepas itu, isikan pula maklumat rujukan pindahan ini pada ruangan yang disediakan.

12. Tekan Continue.

13. Pada laman pengesahan ini, pastikan maklumat akaun bank penerima yang dipaparkan adalah betul seperti nombor akaun dan nama penerima. Jika sudah selesai, tekan Transfer Now.

14. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Approve.

15. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk simpan atau kongsi resit transaksi ini, tekan pada Share Receipt.

Mengikut pengalaman kami, pengeluaran duit ini akan terus masuk ke akaun bank penerima. Untuk kadar had pengeluaran atau pertanyaan lain, anda boleh rujuk dengan pihak Tabung Haji.

Cara Daftar Akaun Pengguna ePrasekolah Untuk Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM, Semakan Dan Rayuan
Cara Perbaharui Dan Renew Lesen Memandu Secara Online Melalui Portal mySIKAP Guna Telefon

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *