Cara Daftar Akaun Pengguna ePrasekolah Untuk Permohonan Kemasukan Prasekolah KPM, Semakan Dan Rayuan
Anda boleh lakukan permohonan anak untuk kemasukan ke kelas Prasekolah KPM secara dalam talian melalui sistem ePrasekolah di web browser telefon masing-masing.
Selain itu, anda juga boleh menyemak keputusan permohonan dan juga membuat rayuan sekiranya permohonan tidak berjaya di sistem ini.
Jadi, jom ikuti cara ini untuk daftar akaun Pengguna ePrasekolah sebagai pengguna baru.
1. Anda perlu layari sistem ePrasekolah di pautan https://eprasekolah.moe.gov.my/. Pada laman log masuk ini, untuk mendaftar, tekan Daftar Pengguna.
2. Pada laman ini, isikan saja maklumat yang diminta seperti nama, nombor MyKad, nombor telefon, kata laluan dan alamat emel pada ruangan yang disediakan.
3. Pastikan kata laluan ini memenuhi kriteria yang ditetapkan manakala untuk alamat emel pula mestilah dari emel yang aktif.
4. Dibawahnya pula, anda perlu memilih Soalan Keselamatan beserta jawapan pada ruangan yang disediakan.
5. Jika sudah selesai, tekan Simpan.
6. Akhir sekali, ia akan paparkan status pendaftaran ini.