Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari RHB Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di RHB Mobile Banking

Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun RHB Bank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi RHB Mobile Banking secara JomPAY.

1. Selepas anda log masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman utama ini, tekan pada Pay yang terletak di tengah.

2. Seterusnya, tekan New Payment.

3. Pada laman ini, tekan Bills.

4. Pada laman Payment Details ini, untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.

5. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.

6. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.

7. Kemudian, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan.

8. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat tersebut.

9. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

10. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Submit.

11. Untuk teruskan proses transaksi ini, tekan Approve.

12. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit transaksi ini, tekan Share.

Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.

Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.

Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Maybank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di MAE by Maybank2u
Cara Naik Taraf Dompet GoPayz Dan Upgrade Wallet Kepada Premium

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *