Cara Nyahpaut Peranti Lama Dari Wallet GoPayz Atau Unlink Other Devices
Ikuti cara dibawah untuk nyahpautkan peranti lama atau telefon lain dari akaun GoPayz wallet anda melalui aplikasi GoPayz.
1. Selepas anda buka aplikasi GoPayz, pada laman utama ini, tekan Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.
2. Kemudian, tekan My Devices.
3. Seterusnya, isikan 6 digit GoPIN anda pada ruangan yang disediakan.
4. Pada laman ini, ia akan paparkan senarai peranti yang dipautkan dengan dompet GoPayz ini.
5. Untuk nyahpautkan peranti dari senarai ini, anda tekan pada butang Delete yang terletak di atas kanan.
6. Selepas itu, tekan pada kotak disebelah ini untuk nyahpautkan wallet GoPayz dari peranti ini.
7. Tekan pada Delete.
8. Dan sekali lagi isikan 6 digit GoPIN anda pada ruangan yang disediakan untuk pengesahan.
9. Akhir sekali, akaun wallet GoPayz anda berjaya dinyahpautkan dari peranti lama.