Cara Naik Taraf Dompet GoPayz Dan Upgrade Wallet Kepada Premium

GoPayz memudahkan anda untuk buat transaksi bayaran melalui telefon tanpa perlu menggunakan wang tunai atau kad fizikal seperti tambah nilai bil telefon, membayar bil utiliti, dan sebagainya. Untuk menggunakan fungsi eWallet ini sepenuhnya, anda perlu naik taraf dompet GoPayz ini ke Premium.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi cara untuk naik taraf dompet GoPayz dari Basic ke Premium dengan beberapa langkah.

1. Selepas anda buka aplikasi GoPayz, pada laman utama ini, tekan pada Wallet yang terletak di bawah.

2. Kemudian, tekan Upgrade your wallet.

3. Pada laman ini, tekan MyKad.

4. Anda dikehendaki untuk mengambil gambar MyKad, swafoto diri dan lengkapkan beberapa maklumat tambahan. Untuk teruskan proses ini, tekan Next.

5. Sahkan maklumat diri anda seperti yang tertera ini adalah betul. Untuk mula mengambil gambar MyKad depan dan belakang, tekan Take ID photo dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.

6. Untuk teruskan proses pengesahan, tekan Continue with this.

7. Selepas itu, anda dikehendaki untuk mengambil swafoto diri dengan menekan pada Take selfie dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.

8. Pada bahagian ini pula, lengkapkan butiran yang diminta seperti alamat kediaman dan maklumat pekerjaan pada ruangan yang disediakan.

9. Jika sudah selesai, tekan Submit.

10. Untuk meneruskan proses pengesahan ini, isikan 6 digit GoPIN anda pada ruangan yang disediakan.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status permohonan ini. Dijangkakan proses pengesahan ini mengambil masa sehingga 2 hari bekerja untuk diproses.

Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari RHB Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di RHB Mobile Banking
Cara Nyahpaut Peranti Lama Dari Wallet GoPayz Atau Unlink Other Devices

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *