Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Maybank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di MAE by Maybank2u
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun Maybank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u secara JomPAY.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi MAE, pada laman utama ini, tekan pada Accounts yang terletak dibawah.
2. Seterusnya, pilih jenis akaun simpanan tersebut bagi pindahan duit ini.
3. Selepas itu, tekan Pay Bills.
4. Pada bahagian ini, tekan JomPAY.
5. Pada laman Pay Bills ini, untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.
6. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.
7. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.
8. Jika sudah selesai, tekan Continue.
9. Kemudian, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
10. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Pay Now.
11. Untuk teruskan proses transaksi ini, tekan Approve.
12. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun resit, tekan Share Receipt.
13. Jika anda ingin simpan maklumat akaun Tabung Haji ini untuk pindahan duit pada masa akan datang, tekan Add to Favourites.
Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.
Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.