Cara Daftar App Shell Asia Dan Pautkan Kad BonusLink
Aplikasi Shell Asia memudahkan anda untuk membayar minyak disamping menerima mata ganjaran di Stesen Shell hanya menggunakan telefon tanpa perlu lagi beratur di kaunter. Anda juga boleh pautkan kad BonusLink melalui aplikasi ini untuk memudahkan tebusan mata ganjaran dibuat.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk melakukan pendaftaran akaun Shell Asia sebelum anda boleh mula membuat bayaran pengisian minyak melalui aplikasi ini.
1. Selepas anda buka aplikasi Shell Asia, pada laman log masuk ini, tekan Select country dan pilih Malaysia.
2. Kemudian, tekan Register untuk mula mendaftar.
3. Selepas itu, tekan Skip.
4. Pada laman ini, isikan saja nombor telefon anda pada ruangan yang disediakan.
5. Jika sudah selesai, tekan Generate OTP.
6. Seterusnya, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Confirm.
8. Pada laman ini pula, lengkapkan butiran yang diminta seperti nama dan alamat emel pada ruangan yang disediakan.
9. Jika sudah selesai, tekan Create account.
10. Kemudian, untuk menerima notifikasi dari aplikasi ini, tekan Yes, please atau jika tidak mahu, tekan No, thank you.
11. Untuk pautkan kad BonusLink, tekan Link my card.
12. Sahkan maklumat kad BonusLink anda seperti yang dipaparkan ini adalah betul.
13. Untuk semak maklumat ini, anda boleh lakukan di aplikasi BLINK by BonusLink.
14. Dibawahnya, isikan nombor PIN BonusLink anda pada ruangan yang disediakan.
15. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
16. Jika pautan kad BonusLink berjaya dipautkan, ia akan paparkan status seperti ini.
17. Selepas itu, anda diberi pilihan untuk pautkan kad kredit atau debit bagi memudahkan pembayaran nanti. Atau tekan Skip and add it later untuk menambahnya kemudian.
18. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan.