Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Public Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di PB engage MY
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun Public Bank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi PB engage MY secara JomPAY.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi PB engage, pada laman utama ini, tekan pada Tambah yang terletak di bawah.
2. Seterusnya, tekan JomPAY.
3. Pada laman New JomPAY ini, untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.
4. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.
5. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.
6. Jika sudah selesai, tekan Next.
7. Kemudian, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Pay Now.
8. Selepas itu, tekan Next untuk lakukan pindahan dana sekarang.
9. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul.
10. Dibawah sekali, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari JomPAY.
11. Jika sudah selesai, tekan Agree & Confirm.
12. Akhir sekali, ia akan paparkapn status transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit transaksi ini ke orang lain, tekan Share Receipt.
Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.
Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.