Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Hong Leong Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di HLB Connect
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun Hong Leong Bank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi HLB Connect Mobile Banking secara JomPAY.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi HLB Connect, pada laman utama ini, tekan pada Menu yang terletak di bawah.
2. Seterusnya, tekan Pay Bill.
3. Kemudian, tekan JomPAY.
4. Untuk nombor 1 ini, pada bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit.
5. Manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima.
6. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.
7. Jika sudah selesai, tekan Next.
8. Untuk nombor 2, pilih jenis akaun untuk pindahan duit ini.
9. Untuk nombor 3, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Done.
10. Untuk nombor 4, bagi pindahan sekarang, tekan Next.
11. Jika sudah selesai, tekan Next.
12. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Ready to Pay.
13. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun atau kongsi resit transaksi ini kepada orang lain, tekan Receipt.
Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.
Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.