Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji Melalui App GO by Bank Islam
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah simpanan dari akaun Bank Islam ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi GO by Bank Islam.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi GO by Bank Islam, pada laman utama ini, tekan pada Transfer yang terletak di bawah.
2. Kemudian, tekan Tabung Haji.
3. Seterusnya, tekan Bank Islam to Own Tabung Haji jika anda telah pautkan akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Islam ini.
4. Jika belum atau ingin buat pindahan bagi pihak ketiga, tekan Bank Islam to Third Party Tabung Haji.
5. Selepas itu, tekan New Transfer.
6. Pada laman ini, isikan saja butiran yang diminta seperti amaun pindahan ini, nombor akaun Tabung Haji penerima dan rujukan penerima pada ruangan yang disediakan.
7. Jika sudah selesai, tekan Continue.
8. Sahkan maklumat seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Confirm.
9. Untuk teruskan proses pindahan duit ini, tekan Approve.
10. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini, tekan Share.
11. Jika anda ingin simpan maklumat akaun Tabung Haji ini untuk pindahan duit pada masa akan datang, tekan Add to Favourite.