Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari AmBank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di App AmOnline

Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah dana simpanan dari akaun AmBank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi AmOnline secara JomPAY.

1. Selepas anda log masuk ke aplikasi AmOnline, pada laman utama ini, tekan pada Tap for Quick Actions yang terletak di bawah.

2. Seterusnya, tekan Pay Bills.

3. Pada laman Pay Bills ini, untuk bahagian Biller Code, isikan saja kod 60228 bagi Tabung Haji Deposit manakala untuk Ref-1 pula, isikan nombor akaun Tabung Haji penerima

4. Dan Ref-2 adalah nombor telefon pengirim pada ruangan yang disediakan.

5. Jika sudah selesai, tekan Continue.

6. Kemudian, isikan amaun pindahan duit tersebut pada ruangan yang disediakan.

7. Sekiranya sudah selesai, tekan Pay Now.

8. Sahkan maklumat transaksi ini seperti Biller Code, nombor akaun Tabung Haji penerima dan amaun pindahan seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Agree & Continue.

9. Untuk teruskan proses transaksi ini, tekan Authorise.

10. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini. Untuk muat turun resit, tekan Download Receipt.

11. Jika anda ingin simpan maklumat akaun Tabung Haji ini untuk pindahan duit pada masa akan datang, tekan Add to Favourite.

Untuk pengetahuan anda, tiada caj perkhidmatan akan dikenakan kepada pendeposit menggunakan JomPAY. Selain itu, transaksi ini akan masuk pada keesokan hari bekerja.

Dan pastikan akaun Tabung Haji penerima adalah akaun yang berstatus aktif saja. Jika tidak, dana atau duit tersebut akan dikembalikan semula.

Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Bank Islam Ke Akaun Tabung Haji Melalui App GO by Bank Islam
Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Public Bank Ke Akaun Tabung Haji Guna JomPAY Di PB engage MY

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *