
Cara Link Atau Pautkan Akaun Tabung Haji Dengan Akaun Bank Islam Melalui App GO by Bank Islam
Ikuti blog ini cara untuk link atau pautkan akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Islam anda menggunakan aplikasi perbankan GO by Bank Islam.
1. Selepas anda log masuk ke aplikasi GO by Bank Islam, pada laman utama ini, tekan pada Transfer yang terletak di bawah.

2. Kemudian, tekan Tabung Haji.

3. Seterusnya, tekan Bank Islam to Own Tabung Haji.

4. Selepas itu, untuk mula memautkan akaun Tabung Haji anda dengan akaun Bank Islam ini, tekan Link Now.

5. Pada laman ini, sahkan nombor kad pengenalan dan nombor kad ATM seperti yang dipaparkan adalah betul. Dibawahnya pula, isikan saja nombor akaun Tabung Haji anda pada ruangan yang disediakan.

6. Jika sudah selesai, tekan Continue.

7. Sahkan maklumat seperti yang dipaparkan ini adalah tepat dengan menekan pada Confirm.

8. Untuk teruskan proses ini, tekan Approve.

9. Akhir sekali, akaun Tabung Haji anda telah berjaya dipautkan dengan akaun Bank Islam ini.
