Cara Pindah Atau Transfer Duit Dari Akaun RHB Bank Ke Akaun Tabung Haji Melalui RHB Mobile Banking
Ikuti blog ini untuk cara lakukan pindahan duit atau menambah simpanan dari akaun RHB Bank ke akaun Tabung Haji anda menggunakan aplikasi RHB Mobile Banking.
1. Selepas anda buka atau log masuk ke aplikasi RHB Mobile Banking, pada laman utama ini, tekan pada Pay.
2. Pada bahagian Pay ini, tekan pada carian di atas dan terus taip Lembaga Tabung Haji.
3. Kemudian, tekan pada Lembaga Tabung Haji.
4. Pada laman ini, anda dikehendaki untuk lengkapkan butiran transaksi tersebut seperti Payment Nickname, nombor akaun Tabung Haji penerima, nombor kad pengenalan penerima dan amaun pindahan duit ke akaun Tabung Haji tersebut pada ruangan yang disediakan.
5. Jika sudah selesai, tekan Next.
6. Pastikan maklumat yang dipaparkan ini adalah betul seperti nombor akaun Tabung Haji penerima dan jumlah pindahan duit tersebut dengan menekan pada Submit.
7. Untuk meneruskan transaksi ini, tekan pada Approve dibawahnya.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status transaksi ini.