Cara Daftar Akaun Alibaba.com Melalui Aplikasi
Alibaba.com merupakan salah satu pasaran e-dagang B2B yang terbesar di dunia. Melalui aplikasinya, anda dapat mencari produk daripada pembekal global terus melalui telefon anda.
Jadi, dalam blog ini kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk daftar akaun Alibaba.com melalui aplikasinya.
1. Setelah anda buka aplikasi Alibaba.com, pada laman log masuk ini, untuk mula daftar akaun, tekan Register or sign in.
2. Kemudian, untuk daftar menggunakan alamat emel, tekan Continue with Email.
3. Dan isikan saja alamat emel anda pada ruangan yang disediakan.
4. Jika sudah selesai, tekan Next.
5. Pada laman pendaftaran ini, tekan pada Country/region dan pilih Malaysia.
6. Dibawahnya pula, isikan nama dan kata laluan pada ruangan yang disediakan.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
8. Seterusnya, anda akan menerima kod pengesahan dari pihak Alibaba.com melalui emel. Jadi, isikan kod pengesahan yang diterima pada ruangan yang disediakan.
9. Jika sudah selesai, tekan Create account.
10. Akhir sekali, akaun anda telah didaftarkan.