Cara Buat Semakan OKU Seperti Status OKU Dan Permohonan Kad OKU Secara Online
Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Bagi mereka yang OKU, pendaftaran OKU dengan JKM adalah bertujuan untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi merancang program dan perkhidmatan berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi serta latihan.
Selain itu, ia memudahkan perancangan penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU. Tambahan pula, ia membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan berdasarkan tahap kefungsian atau ketidakupayaan mereka.
Untuk membuat permohonan pendaftaran OKU, anda boleh lakukan di pejabat JKM yang berhampiran.
Jadi, dalam blog ini kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk membuat semakan OKU seperti semak status OKU, permohonan OKU dan status kad OKU secara online melalui pelayar web di telefon masing-masing.
1. Anda perlu layari semakan OKU JKM di pautan https://oku.jkm.gov.my/semakan_oku.
2. Pada laman semakan OKU ini, anda perlu isikan saja nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan.
3. Jika sudah selesai, tekan Cari.
4. Disini, ia akan paparkan terus hasil carian tersebut. Antara maklumat yang akan paparkan seperti pilihan untuk muat turun surat pengesahan dan surat kelulusan, nama, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran dan kategori OKU serta status permohonan kad OKU.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, boleh terus hubungi dengan pihak JKM.