Cara Tukar Nombor Telefon Akaun airasia Superapp Melalui Aplikasi

Sekiranya anda ingin menukar nombor telefon yang berdaftar dalam akaun airasia Superapp, anda boleh menukar ke nombor telefon baru melalui aplikasi airasia Superapp di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi airasia Superapp, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru bawah kanan.

2. Kemudian, anda perlu scroll ke bawah dan pergi ke bahagian Account Details. Dan tekan pada Personal information.

3. Pada laman ini, untuk mula menukar nombor telefon baru, tekan pada nombor telefon lama ini dan tukarkan ke nombor telefon baru.

4. Selepas itu, tekan Verify now untuk sahkan nombor telefon baru ini.

5. Seterusnya, tekan Request OTP.

6. Pada bahagian ini, isikan nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.

7. Akhir sekali, tekan Save untuk menyimpan kemas kini baru ini.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan airasia Superapp.

Cara Jana Atau Cipta Kod QR TikTok Untuk Profil Akaun Anda
Cara Daftar Akaun Alibaba.com Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *