Cara Tukar Alamat Emel ShopBack

Sekiranya anda tidak menggunakan lagi alamat emel lama di akaun ShopBack atau ingin menukar ke emel lain, anda boleh menukar ke alamat emel baru melalui aplikasi ShopBack di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi ShopBack, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Kemudian, tekan pada Account and security.

3. Selepas itu, anda perlu tekan Personal info.

4. Pada laman ini, anda perlu pergi ke bahagian Basic info dan tekan pada alamat emel lama tersebut.

5. Seterusnya, untuk sahkan akaun ini adalah milik anda, tekan Verify with Email.

6. Setelah itu, isikan saja kod pengesahan yang diterima yang diberikan oleh ShopBack dari alamat emel lama pada ruangan yang disediakan.

7. Kemudian, isikan pula alamat emel baru anda pada ruangan yagn disediakan.

8. Jika sudah selesai, tekan Next.

9. Anda akan menerima satu emel dari pihak ShopBack melalui alamat emel baru ini. Dalam emel ini, tekan pada Confirm Your Email untuk mengesahkan alamat emel baru ini bagi akaun ShopBack anda.


Jika anda menghadapi sebarang masalah atau mempunyai pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak ShopBack.

Cara Keluarkan Duit Atau Withdraw Cashback Dari ShopBack Ke Akaun Bank
Cara Jana Atau Cipta Kod QR TikTok Untuk Profil Akaun Anda

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *