Cara Jana Atau Cipta Kod QR TikTok Untuk Profil Akaun Anda

Kod QR TikTok membolehkan anda memautkan URL untuk profil TikTok tertentu dengan Kod QR yang boleh diimbas dan boleh dikongsi.

Apabila Kod QR diimbas, pengguna diarahkan ke profil TikTok itu untuk melihat dan menyukai kandungan video bentuk pendek, serta mengikuti pencipta.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi cara mudah untuk cipta atau jana Kod QR TikTok untuk profil anda melalui aplikasi TikTok di akaun masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi TikTok, tekan pada Profile yang terletak di penjuru bawah kanan untuk pergi ke bahagian Profile.

2. Seterusnya, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kanan.

3. Kemudian, tekan pada QR kod saya.

4. Pada laman ini, ia akan paparkan kod QR bagi profil akaun TikTok anda.

5. Untuk muat turun gambar kod QR ini, anda boleh tekan pada butang Muat turun yang terletak di penjuru kiri bawah.

6. Gambar kod QR ini akan disimpan dalam fail Galeri gambar telefon anda.

7. Atau jika anda ingin kongsikan terus kod QR ini melalui WhatsApp, tekan saja butang WhatsApp di bawah.

8. Jadi, kenalan dari WhatsApp boleh saja terus imbas kod QR ini dengan menekan pada butang Imbasan diatas.

Dengan adanya kod QR TikTok ini, ia dapat membantu dalam meningkatkan profil TikTok anda.

Ini kerana, ia akan menukar URL untuk profil TikTok anda kepada Kod QR yang boleh diimbas dan boleh dikongsi yang boleh membantu membawa kenalan atau pengikut baharu ke kandungan anda.

Cara Tukar Alamat Emel ShopBack
Cara Tukar Nombor Telefon Akaun airasia Superapp Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *