Cara Tukar Nombor PIN Kad Visa Touch n Go Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi TNG eWallet
Sekiranya anda terlupa nombor PIN kad Visa Touch n Go, anda boleh menukar ke nombor PIN baru di telefon masing-masing melalui aplikasi TNG eWallet.
1. Selepas anda buka ke aplikasi TNG eWallet, pada laman utama ini, tekan pada Profile yang terletak di penjuru kanan atas.
2. Kemudian, tekan pada Visa Card.
3. Pada laman ini, untuk mula menukar nombor PIN kad Touch n Go, tekan Update Card PIN.
4. Selepas itu, isikan saja 6 digit PIN baru anda pada ruangan yang disediakan.
5. Jika sudah selesai, tekan Next.
6. Anda perlu sekali lagi isikan 6 digit PIN tadi sebagai pengesahan.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Done.
8. Untuk sahkan penukaran nombor PIN baru ini, anda perlu masukkan nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.
9. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nombor PIN baru kad Visa Touch n Go anda.