Cara Keluarkan Duit Atau Withdraw Cashback Dari ShopBack Ke Akaun Bank

Ikuti blog ini cara untuk lakukan pindahan duit yang ada dalam akaun ShopBack anda atau withdraw pendapatan cashback yang ada ke akaun bank melalui aplikasinya.

1. Selepas anda buka aplikasi ShopBack, pada laman utama ini, tekan pada Account.

2. Kemudian, tekan pada Withdraw untuk mula lakukan pengeluaran duit dari akaun ShopBack.

3. Seterusnya, isikan saja amaun atau jumlah duit yang ingin dikeluarkan dari akaun ShopBack ke akaun bank pada ruangan yang disediakan.

4. Anda boleh memilih untuk gunakan akaun bank yang telah didaftarkan dalam akaun ShopBack. Atau jika anda ingin gunakan akaun bank lain, tekan Manage.

5. Diingatkan terdapat minimum dan maksimum pengeluaran yang dikenakan iaitu sebanyak RM10 dan RM300. Sekiranya sudah selesai, tekan Withdraw.

6. Untuk pengesahan akaun, tekan Verify Via Mobile Number.

7. Selepas itu, jika verifikasi kod berjaya diterima, ia akan secara automatik masukkan nombor tersebut pada laman ini.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit tersebut. Dijangkakan proses ini mengambil masa kira-kira 3 hingga 5 hari bekerja.

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak ShopBack.

Cara Tukar Nombor PIN Kad Visa Touch n Go Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi TNG eWallet
Cara Tukar Alamat Emel ShopBack

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *