Cara Tukar Nombor Telefon Di Lazada Melalui Aplikasi

Sekiranya anda tidak menggunakan lagi nombor telefon lama di akaun Lazada, anda boleh menukar ke nombor telefon baru melalui aplikasi Lazada di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Lazada, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Kemudian, tekan pada butang Settings.

3. Seterusnya, tekan pada Account Information.

4. Selepas itu, tekan Change Mobile untuk menukar nombor telefon lama anda ke nombor baru.

5. Pada bahagian ini, untuk pengesahan sekuriti akaun, anda boleh memilih sama ada secara pengesanan cap jari, kata laluan, emel atau nombor telefon.

6. Sebagai contoh, kami tekan Mobile Verification.

7. Selepas itu, isikan saja kod pengesahan yang diterima pada ruangan yang disediakan.

8. Pada laman ini, isikan pula nombor telefon baru anda pada ruangan yang disediakan.

9. Jika sudah selesai, tekan Verify Mobile Number.

10. Kemudian, isikan saja kod pengesahan yang diterima pada ruangan yang disediakan.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nombor telefon baru ini.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi pihak Lazada.

Cara Aktifkan LazPayLater Di App Lazada
Cara Tukar Alamat Emel Akaun Grab

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *