Cara Tukar Alamat Emel Akaun Grab

Sekiranya anda tidak menggunakan lagi alamat emel lama atau pun terlupa di akaun Grab, anda boleh menukar ke alamat emel baru melalui aplikasi Grab di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Grab, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Kemudian, tekan pada butang Profile.

3. Seterusnya, untuk mula mengemaskini alamat emel, tekan pada Edit yang terletak di penjuru kanan atas.

4. Selepas itu, untuk menukar alamat emel ini, anda tekan pada bahagian alamat emel lama dan isikan alamat emel baru.

5. Jika sudah selesai, tekan Save.

6. Selepas ini, anda perlu pergi ke peti masuk emel. Dalam emel dari Grab ini, anda perlu tekan pada Verify Email Address untuk pengesahan.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran alamat emel baru ini.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi pihak Grab.

Cara Tukar Nombor Telefon Di Lazada Melalui Aplikasi
Cara Tukar Nombor PIN Kad Visa Touch n Go Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi TNG eWallet

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *