Cara Aktifkan LazPayLater Di App Lazada

Ikuti blog ini untuk cara aktifkan ciri LazPayLater atau beli barang dulu, bayar kemudian secara ansuran di akaun Lazada masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Shopee, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di penjuru bawah kanan.

2. Kemudian, pergi ke bahagian Lazada Wallet dan tekan pada LazPayLater Activate.

3. Pada laman ini, ia akan paparkan secara ringkas beberapa maklumat berkenaan LazPayLater yang perlu anda tahu seperti terma dan syarat bayaran ansuran ini. Untuk aktifkan ciri LazPayLater ini, tekan pada Activate Now.

4. Kemudian, ia akan menghantar kod verifikasi dimana anda perlu isikan kod verifikasi yang diterima pada ruangan ini.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.

6. Pada laman ini, anda perlu muat naik maklumat diri seperti kad pengenalan untuk menggunakan ciri LazPayLater dengan menekan pada Scan ID Card dan lengkapkan saja proses ini sehingga selesai.

7. Selepas itu, tekan Take Selfie dan lengkapkan saja proses swafoto diri anda sehingga selesai.

8. Seterusnya, sahkan maklumat seperti yang tertera ini adalah betul dengan menekan pada Next.

9. Pada bahagian maklumat tambahan ini, anda perlu isikan butiran yang diminta seperti status perkahwinan, tahap pendidikan dan nombor kecemasan pada ruangan yang disediakan.

10. Jika sudah selesai, tekan Submit Application.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status pengesahan tersebut. Pengesahan ini dijangkakan mengambil masa dalam 1 hari.

Selepas pengesahan berjaya, anda boleh mula membeli barang di Lazada dengan membayar secara ansuran.

Cara Tambah Nilai Baki Setel Wallet Guna Kod Baucar Atau Secara Voucher Top Up
Cara Tukar Nombor Telefon Di Lazada Melalui Aplikasi

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *