Cara Tukar Nombor PIN Kad Visa MAE Bagi Yang Terlupa Melalui Aplikasi MAE by Maybank2u
Sekiranya anda terlupa nombor PIN kad Visa MAE, anda boleh menukar ke nombor PIN baru di telefon masing-masing melalui aplikasi MAE by Maybank2u.
1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi MAE, pada laman utama ini, tekan pada Account yang terletak di bawah.
2. Kemudian, tekan pada Cards.
3. Seterusnya, tekan pada MAE Visa Card.
4. Pada laman ini, untuk mula menukar nombor PIN kad MAE, tekan Change Card PIN.
5. Selepas itu, isikan saja 6 digit PIN baru anda pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.
6. Anda perlu sekali lagi isikan 6 digit PIN tadi sebagai pengesahan. Sekiranya sudah selesai, tekan Done.
7. Untuk sahkan penukaran nombor PIN baru ini, tekan Approve.
8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nombor PIN baru kad Visa MAE anda.