Cara Beli Baucar Setel Secara Online Atau Voucher Top Up Di Petronas Shop Melalui Aplikasi Setel
Terdapat beberapa cara untuk membeli voucher Setel secara dalam talian sama ada melalui laman web Petronas Shop atau melalui aplikasi Setel.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara untuk beli baucar Setel melalui aplikasi Setel.
1. Selepas anda buka aplikasi Setel, pada bahagian bawah, tekan PETRONAS Shop.
2. Kemudian, tekan pada butang Search dibawah.
3. Selepas itu, buat carian Setel. Dan tekan pada Setel Voucher.
4. Sekali lagi, tekan Setel Voucher ini.
5. Pada laman ini, ia memberi anda pilihan untuk membeli voucher berharga RM50, RM100, RM200 dan RM300.
6. Sebagai contoh, kami tekan pada RM50. Dibawahnya, anda boleh memilih kuantiti pembelian voucher ini.
7. Jika sudah selesai, tekan Add To Cart.
8. Untuk teruskan proses pembelian ini, tekan Cart.
9. Seterusnya, sahkan maklumat pembelian baucar seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada Check Out.
10. Pada laman ini, sahkan alamat emel seperti yang dipaparkan adalah betul. Ini kerana kod baucar Setel akan diberikan dalam emel.
11. Untuk membuat bayaran, tekan pada Setel.
12. Selepas itu, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Setel.
13. Sekiranya sudah selesai, tekan Place Order.
14. Untuk mengesahkan proses bayaran ini, tekan Pay.
15. Akhir sekali, anda perlu semak emel dimana kod baucar dan rekod transaksi akan diberikan dalam emel ini.
Jika anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak Setel.