Cara Tukar Mata Ganjaran Kad MESRA Petronas Kepada Duit Atau Tebus Points Dalam Setel Wallet

Bergantung pada points yang terkumpul, mata ganjaran Mesra boleh ditebus kepada barangan atau ditukarkan kepada duit melalui Setel Wallet yang boleh digunakan untuk isi minyak dan sebagainya.

Bagi yang menggunakan kad Mesra, anda perlu pautkan terlebih dahulu dengan aplikasi Setel. Mata ganjaran dari kad Mesra ini dapat dilihat dalam aplikasi Setel dan anda boleh mula menukar mata ganjaran tersebut ke duit dalam Setel Wallet.

Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi cara mudah untuk tukar mata ganjaran Mesra atau tebus points kepada duit dalam dompet Setel.

1. Selepas anda buka aplikasi Setel, pada laman utama ini, tekan pada Pay yang terletak dibawah.

2. Kemudian, tekan Redeem Points.

3. Pada laman ini, untuk menukar mata ganjaran Mesra ke dalam Setel Wallet, anda hanya perlu tarik atau slide butang amaun ini mengikut jumlah points terkumpul atau pilihan anda.

4. Sebagai contoh, kami tarik sehingga habis untuk tebus points sebanyak 595.

5. Setiap satu mata ganjaran memberi nilai sebanyak 1 sen dan anda hanya boleh lakukan tebusan ini sehingga 15,000 sebulan. Jika sudah selesai, tekan Redeem.

6. Untuk meneruskan tebusan mata ganjaran ini, tekan Confirm.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status penebusan mata ganjaran Mesra ini.

8. Dan anda boleh semak baki terkini dalam Setel Wallet masing-masing. Ia mungkin akan mengambil masa dalam beberapa saat untuk duit ini masuk dalam baki dompet Setel berlaku.

Cara Tukar Atau Kemas Kini Alamat Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
Cara Daftar Akaun Honda Connect Atau Sign Up Melalui Aplikasi CONNECT Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *