Cara Daftar Akaun Honda Connect Atau Sign Up Melalui Aplikasi CONNECT Malaysia
Melalui aplikasi Honda Connect, anda dapat mengakses pelbagai fungsi dan maklumat kereta dari telefon pintar dengan menyambungkan aplikasi ini ke kereta. Antara kelebihannya seperti dapat mencari lokasi kenderaan, peringatan servis, semak status kereta dan sebagainya.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara untuk daftar akaun Honda CONNECT melalui aplikasi Honda CONNECT Malaysia.
1. Selepas anda buka aplikasi ini, pada laman log masuk, untuk mula mendaftar, tekan Create Account.
2. Kemudian, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti nama, jantina, tarikh lahir, emel dan nombor telefon pada ruangan yang disediakan.
3. Selepas itu, tekan Request OTP.
4. Seterusnya, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.
5. Jika sudah selesai, tekan Submit.
6. Pada laman ini, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Honda CONNECT.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Accept.
8. Pada laman ini pula, tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan polisi privasi dari Honda Malaysia.
9. Jika sudah selesai, tekan Accept.
10. Kemudian, anda perlu pergi ke emel dimana ia akan berikan kod verifikasi serta pautan untuk menetapkan kata laluan. Jadi, tekan pada pautan ini untuk meneruskan proses pendaftaran.
11. Jika anda menghadapi masalah untuk menetapkan kata laluan seperti kami, terus tekan pada Forgot Password.
12. Selepas itu, isikan alamat emel yang berdaftar dengan Honda CONNECT pada ruangan yagn disediakan.
13. Sekiranya sudah selesai, tekan Submit.
14. Seterusnya, anda akan menerima kod verifikasi yang baru untuk penetapan kata laluan melalui emel. Jadi, gunakan kod verifikasi ini untuk pengesahan. Dibawahnya pula, isikan kata laluan anda. Diingatkan kata laluan ini hendaklah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Honda CONNECT.
15. Jika sudah selesai, tekan Submit.
16. Akhir sekali, anda akan terus log masuk ke aplikasi ini.