Cara Membuat Caruman Atau Simpanan Tambahan KWSP Melalui Aplikasi KWSP i-Akaun
Dengan aplikasi KWSP i-Akaun, ia memudahkan anda untuk buat caruman atau simpanan tambahan ke akaun KWSP sendiri pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada.
Kemudahan ini akan memudahkan ahli KWSP terutama bagi yang bekerja sendiri dan ingin membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama dapat menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan tersebut.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk membuat caruman atau simpanan tambahan KWSP dalam akaun sendiri melalui aplikasi KWSP i-Akaun.
1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun, pada laman utama ini, tekan Simpanan.
2. Kemudian, tekan Top-up Sekarang untuk menambah simpanan.
3. Pada bahagian ini, masukkan saja jumlah caruman tambahan yang diinginkan pada ruangan yang disediakan. Diingatkan, jumlah minimum caruman adalah sebanyak RM10.
4. Jika sudah selesai, tekan Teruskan.
5. Pada bahagian pilihan bank, tekan Pilih Bank untuk memilih jenis bank bagi membuat caruman tambahan ini.
6. Sekiranya sudah selesai, tekan Teruskan.
7. Seterusnya, sahkan butiran caruman anda seperti yang dipaparkan ini adalah betul dengan menekan pada Teruskan.
8. Selepas itu, tekan Terima sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari KWSP dan lengkapkan saja proses bayaran ini sehingga selesai.
9. Akhir sekali, ia akan paparkan status bayaran caruman tambahan KWSP ini. Untuk muat turun resit transaksi ini, tekan butang Muat Turun yang terletak diatas kanan.
Dijangkakan bayaran caruman ini akan dikreditkan ke akaun KWSP anda sekurang-kurangnya 3 hari bekerja selepas bank memindahkan bayaran tersebut kepada KWSP.
Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, terus hubungi khidmat pelanggan KWSP.