Cara Tukar Kata Laluan Aplikasi KWSP i-Akaun Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda untuk tukar kata laluan baru atau reset password aplikasi KWSP i-Akaun bagi yang terlupa di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi KWSP i-Akaun, pada laman daftar masuk ini, tekan Log masuk ke i-Akaun.

2. Seterusnya, tekan Teruskan untuk pautkan peranti ini dengan i-Akaun KWSP anda sebagai langkah keselamatan tambahan.

3. Selepas itu, tekan Lupa ID pengguna atau kata laluan dibawah ini untuk mula menukar ke kata laluan baru.

4. Pada laman ini, tekan Kata laluan.

5. Kemudian, isikan saja nombor kad pengenalan anda pada ruangan yang disediakan.

6. Jika sudah selesai, tekan Teruskan.

7. Seterusnya, isikan pula nombor telefon yang berdaftar dengan i-Akaun KWSP anda pada ruangan yang disediakan.

8. Sekiranya sudah selesai, tekan Teruskan.

9. Pada laman pengesahan ini, isikan saja nombor TAC yang diterima pada ruangan yang disediakan.

10. Selepas itu, isikan kata laluan baru anda pada ruangan yang disediakan. Pastikan kata laluan baru ini telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh KWSP.

11. Jika sudah selesai, tekan Teruskan.

12. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Selepas ini, anda boleh gunakan kata laluan baru ini untuk log masuk ke i-Akaun KWSP anda melalui aplikasi ini.

Sekiranya anda menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, terus hubungi khidmat pelanggan KWSP.

Cara Dapatkan Semula ID Pengguna Aplikasi KWSP i-Akaun Atau User ID Bagi Yang Terlupa
Cara Muat Turun Penyata Atau Statement KWSP Dari Aplikasi KWSP i-Akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *