Cara Daftar Akaun Threads Atau Login Dari Akaun Instagram

Threads yang dibangunkan oleh pasukan Instagram, menawarkan kepada anda pengalaman penggunaan seakan Twitter yang memudahkan perkongsian anda dalam bentuk teks, gambar dan sebagainya.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk daftar akaun Threads atau login dari akaun Instagram.

1. Selepas anda buka aplikasi Threads, pada laman daftar masuk ini, jika anda mempunyai akaun Instagram, tekan terus pada Login in with Instagram.

2. Selepas itu, pada laman Profile ini, anda boleh kemas kini butiran profil seperti bio dan pautan.

3. Untuk memudahkan urusan, tekan pada Import from Instagram dimana ia akan ambil kemas kini butiran profil akaun Threads anda dari akaun Instagram.

4. Seterusnya, pada bahagian Privasi ini, anda diberi pilihan untuk jadikan akaun Threads ini sebagai umum atau persendirian. Sekiranya sudah selesai, tekan Continue.

5. Kemudian, untuk ikuti akaun Threads yang lain, anda boleh tekan pada Search ini untuk membuat carian atau tekan saja pada Follow all untuk ikuti akaun Threads dari akaun Instragram anda.

6. Pada laman ini pula, ia akan nyatakan bagaimana Threads berfungsi dan beberapa maklumat tambahan lain berkaitan dengannya.

7. Jika anda bersetuju, tekan Join Threads.

8. Akhir sekali, akaun Threads anda telah berjaya didaftarkan.

Jika anda perhatikan, antara muka atau interface aplikasi ini seakan Twitter dengan gabungan menu dari Instagram.

Jadi, sebagai pengguna baru Threads, tidaklah begitu sukar untuk mencari tetapan aplikasi atau ingin membuat hantaran Threads terbaru.

Cara Pindah Duit Atau Transfer Money Dari Akaun OCBC Ke Akaun Bank Lain Di OCBC Malaysia Mobile Banking
Cara Daftar Atau Log Masuk Aplikasi KWSP i-Akaun

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *