Cara Pindah Duit Atau Transfer Money Dari Akaun OCBC Ke Akaun Bank Lain Di OCBC Malaysia Mobile Banking

Dengan aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking, ia memudahkan anda untuk membuat transaksi perbankan secara dalam talian sama ada untuk lakukan pindahan wang, pembayaran, tambah nilai dan pelbagai jenis urusan terus dari telefon anda.

Jadi, dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara bagaimana anda boleh lakukan pindahan duit yang ada dalam akaun OCBC Bank ke akaun bank lain seperti Maybank melalui OCBC Malaysia Mobile Banking.

1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking, pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kiri.

2. Kemudian, tekan Transfer.

3. Selepas itu, tekan To an account in other bank untuk buat pindahan duit ke bank lain.

4. Bagi pindahan duit ke akaun penerima baru, tekan Transfer to new payee.

5. Pada laman ini, anda perlu lengkapkan butiran yang diminta seperti jenis pindahan, nama bank, nombor akaun, tarikh, rujukan penerima dan amaun pindahan duit pada ruangan yang disediakan.

6. Untuk teruskan transaksi ini, anda perlu tarik atau slide butang Submit ini ke arah kanan.

7. Dan tekan Ok sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat seperti yang dipaparkan.

8. Untuk sahkan transaksi ini, tekan Confirm Transfer.

9. Selepas itu, tekan Tap to reveal untuk paparkan nombor OTP.

10. Dan isikan saja nombor OTP yang dipaparkan ini pada ruangan dibawahnya sebagai pengesahan. Jika sudah selesai, tekan Submit.

11. Akhir sekali, ia akan paparkan status pindahan duit ini.

Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share receipt. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Make another transfer.

Cara Muat Turun Penyata OCBC Atau Download Bank Statement Online Di OCBC Malaysia Mobile Banking
Cara Daftar Akaun Threads Atau Login Dari Akaun Instagram

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *