Cara Hasilkan Kod QR DuitNow OCBC Untuk Terima Bayaran Dari Org Lain Di OCBC Malaysia Mobile Banking
Dengan bayaran secara imbasan kod QR, ia memudahkan anda untuk membuat bayaran atau pindahan duit dari akaun bank lain ke akaun bank anda dan sebaliknya.
Jadi, dalam blog ini, kami nak kongsi dengan anda cara mudah untuk hasilkan kod QR DuitNow OCBC Bank dari aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking.
1. Selepas anda buka dan log masuk ke aplikasi OCBC Malaysia Mobile Banking, pada laman utama ini, tekan pada Scan & Pay yang terletak di bawah.
2. Selepas itu, tekan pada Receive.
3. Gambar kod QR ini boleh disimpan untuk diimbas kemudian sama ada anda screenshot saja laman ini untuk print di kemudian hari atau tekan pada butang Share dan kongsikan gambar kod QR ini kepada orang lain sama ada melalui WhatsApp, Telegram dan sebagainya.
4. Atau anda juga boleh hasilkan kod QR untuk menerima sejumlah bayaran untuk amaun yang tertentu dengan menekan pada Set a receiving amount.
5. Selepas itu, masukkan saja amaun tersebut dan tekan Confirm.
6. Ia akan hasilkan kod QR untuk terima amaun bayaran tadi tetapi kod QR ini hanya boleh digunakan dalam tempoh 60 saat selepas dihasilkan.
Selepas ini, sekiranya keluarga atau rakan ingin buat pindahan duit ke akaun OCBC Bank anda, imbas saja kod QR anda bagi lakukan pindahan wang tanpa perlu lagi masukkan nombor akaun bank tersebut.