Cara Daftar Masuk Atau Login Ke Akaun MyUMobile Melalui Aplikasi

Aplikasi MyUMobile memberi kemudahan kepada anda untuk memilih dan membeli pelan internet serta panggilan. Selain itu, anda juga boleh menyemak baki terkini kredit dan membuat tambah nilai terus menggunakan aplikasi ini.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara untuk log masuk ke akaun MyUMobile anda melalui aplikasinya.

1. Selepas anda buka aplikasi MyUMobile, pada laman daftar masuk ini, jika akaun telah berdaftar, tekan pada Login. Bagi yang ingin daftar nombor baru, tekan pada New Line Self-Registration.

2. Kemudian, isikan saja nombor telefon UMobile anda pada ruangan yang disediakan.

3. Dibawahnya pula, isikan 6 digit nombor PIN akaun ini. Bagi yang terlupa nombor PIN, tekan pada Forgot PIN untuk menukar ke nombor PIN baru.

4. Sekiranya sudah selesai, tekan Login.

5. Selepas itu, anda akan terus log masuk ke aplikasi ini.

Jika anda mempunyai masalah atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan pihak UMobile.

Cara Tukar Kata Laluan MyPUSPAKOM Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa
Cara Hasilkan Kod QR DuitNow OCBC Untuk Terima Bayaran Dari Org Lain Di OCBC Malaysia Mobile Banking

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *