Cara Tukar Tempat Mengundi Secara Online Di MySPR l Pertukaran Alamat Dalam Daftar Pemilih SPR
Sebarang permohonan untuk pertukaran alamat dalam daftar pemilih hendaklah mengikut alamat dalam Kad Pengenalan.
Jadi, anda dikehendaki terlebih dahulu memohon untuk pertukaran alamat di dalam Kad Pengenalan di JPN.
Selepas itu, anda boleh memohon untuk pertukaran alamat tempat mengundi secara online di portal MySPR.
Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi bagaimana anda boleh membuat pertukaran alamat tempat mengundi secara dalam talian di portal MySPR melalui browser di telefon masing-masing.
1. Anda perlu layari portal MySPR di pautan https://myspr.spr.gov.my. Kemudian, pada laman log masuk ini, isikan saja nombor kad pengenalan, kata laluan dan Captcha pada ruangan yang disediakan.
2. Sekiranya sudah seleai, tekan Log Masuk.
3. Pada laman utama ini, tekan pada Tab Menu yang terletak di bahagian atas kanan.
4. Seterusnya, tekan pada Borang A ini bagi penukaran tempat mengundi.
5. Selepas itu, anda dikehendaki untuk lengkapkan borang ini dengan memilih jenis kategori pemilih dan pastikan nama, nombor kad pengenalan dan tarikh lahir seperti yang tertera adalah betul.
6. Kemudian, pada bahagian alamat ini, pastikan alamat kediaman adalah betul. Alamat ini akan mengikut alamat dalam kad pengenalan.
7. Jika ada perubahan atau kemas kini yang ingin dilakukan, tekan Set Semula Alamat.
8. Selepas itu, sila pilih jantina, bangsa dan agama dari senarai yang diberikan. Pastikan maklumat lain seperti nombor telefon dan emel adalah betul. Kemudian, anda boleh muat naik gambar MyKad yang terkini sekiranya perlu. Pastikan alamat terkini adalah sama dalam kad pengenalan.
9. Seterusnya, tekan pada kotak tersebut sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari MySPR ini.
10. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.
11. Pada bahagian pengesahan ini, isikan semula nombor kad pengenalan dan kata laluan. Sekiranya sudah selesai, tekan pada Mohon Nombor TAC.
12. Kemudian, isikan nombor TAC yang diterima pada ruangan ini. Selepas itu, tekan pada Hantar.
13. Akhir sekali, ia akan paparkan status terkini permohonan ini. Anda boleh menyemak status permohonan ini dari semasa ke semasa pada bahagian Pendaftaran Status Saya.