Cara Tukar Kata Laluan JPJeBid Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun JPJeBid, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi JPJeBid di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi JPJeBid, pada laman log masuk ini, tekan pada Lupa kata laluan untuk menukar ke kata laluan baru.

2. Seterusnya, isikan saja alamat emel yang berdaftar dengan JPJeBid pada ruangan yang disediakan.

3. Dibawahnya pula, isikan captcha seperti yang tertera.

4. Sekiranya sudah selesai, tekan Hantar.

5. Kemudian, anda perlu ke emel. Dalam emel ini, tekan pada pautan ini untuk meneruskan proses penukaran kata laluan baru.

6. Selepas itu, anda perlu isikan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan.

7. Dibawahnya pula, isikan captcha seperti yang tertera.

8. Jika sudah selesai, tekan Tukar Kata Laluan.

9. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Cara Daftar Akaun MyUBAT Bagi Pengguna Baru Untuk Dapatkan Ubat Di Farmasi Klinik Kerajaan
Cara Padam Atau Matikan Status Aktif Anda Di Facebook Dan Chat Messenger

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *