Cara Tukar Kata Laluan Baru Akaun myPTPTN Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun myPTPTN, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi myPTPTN di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi myPTPTN, pada laman ini, tekan pada Log Masuk.

2. Seterusnya, tekan pada ikon ikon Bantuan yang terletak di penjuru atas kanan.

3. Kemudian, untuk mula menukar kata laluan, tekan pada Terlupa Kata Laluan.

4. Pada bahagian ini, lengkapkan saja butiran yang diminta seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan kata laluan baru pada ruangan yang disediakan. Diingatkan, untuk kata laluan baru ini hendaklah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh myPTPTN.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

6. Pada laman ini, tekan Mohon Tac.

7. Selepas itu, isikan pula nombor TAC yang diterima pada ruangan yang disediakan sebagai pengesahan. Jika sudah selesai, tekan Hantar.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan tersebut. Untuk log masuk menggunakan kata laluan baru ini, tekan saja pada Ok.

Sekiranya anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi khidmat pelanggan PTPTN.

Cara Padam Atau Matikan Status Aktif Anda Di Facebook Dan Chat Messenger
Cara Daftar Sebagai Ahli Secret Recipe Melalui Aplikasi | Referral Code: 51Y2X8

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *