Cara Padam Atau Matikan Status Aktif Anda Di Facebook Dan Chat Messenger
Sekiranya anda ingin memadamkan atau off status aktif di Facebook supaya rakan dan kenalan anda tidak dapat melihat anda aktif di FB, anda boleh matikan status aktif ini melalui aplikasi Facebook di telefon masing-masing.
1. Setelah anda buka aplikasi Facebook, anda perlu pergi ke bahagian Menu atau tekan saja pada gambar Profile yang terletak di atas kanan.
2. Kemudian, tekan pada butang Settings.
3. Pada bahagian Tetapan ini, tekan pada Profile settings.
4. Selepas itu, anda perlu ke bahagian Privacy dan tekan pada Active Status.
5. Jika anda menggunakan Bahasa Melayu, terus saja pergi ke bahagian Penonton dan Keterlihatan dan tekan pada Status Aktif.
6. Pada bahagian ini, tekan pada butang ini untuk matikan status aktif anda di Facebook.
7. Jika anda matikan status aktif ini, anda tidak akan dapat melihat bila rakan dan kenalan anda aktif sama ada di Facebook atau Chat. Untuk meneruskan proses ini, tekan Turn Off.
Untuk menukar semula tetapan ini ke versi yang asal, anda boleh ulangi proses yang sama seperti yang ditunjukkan dalam video ini.