Cara Daftar Qoala Malaysia Melalui Aplikasi

Qoala merupakan sebuah syarikat teknologi insurans yang boleh diakses secara universal, penawaran insurans pada harga berpatutan dan mudah digunakan. Melalui aplikasinya, anda boleh mencari, membandingkan dan membeli produk insurans yang terbaik daripada syarikat insurans yang dipercayai dengan cepat dan mudah, terus daripada aplikasi ini.

Jadi, dalam blog ini, kami nak berkongsi dengan anda cara mudah untuk mendaftar Qoala melalui aplikasinya.

1. Selepas anda buka aplikasi Qoala, pada laman utama ini, tekan pada Login / Daftar yang terletak diatas.

2. Kemudian, isikan saja nombor telefon pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

3. Pada bahagian pendaftaran ini, isikan saja butiran yang diminta seperti nama, emel, dan kata laluan pada ruangan yang disediakan.

4. Selepas itu, tandakan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Qoala.

5. Jika sudah selesai, tekan Daftar.

6. Seterusnya, isikan pula nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan ini. Sekiranya sudah selesai, tekan Seterusnya.

7. Kemudian, anda diberi pilihan untuk muat naik dokumen pengesahan seperti MyKAd dengan menekan pada butang Muat naik atau jika tidak ingin meneruskan proses ini, tekan pada Langkau.

8. Seterusnya, anda diberi pilihan untuk menambah maklumat akaun bank seperti pilihan bank, nombor akaun dan nama pemilik pada ruangan yang disediakan. Jika anda tidak ingin meneruskan proses ini, tekan saja pada Langkau.

9. Akhir sekali, akaun Qoala anda telah berjaya didaftarkan.

Cara Daftar Ahli Sushi King Malaysia Secara Online Dan Kumpul Mata Ganjaran Smile Melalui Aplikasi
Cara Tukar Tempat Mengundi Secara Online Di MySPR l Pertukaran Alamat Dalam Daftar Pemilih SPR

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *