Cara Tukar Ke Akaun Personal TikTok Dari Akaun Bisnes | Akaun Perniagaan Ke Peribadi

Sekiranya anda ingin menukar akaun TikTok sendiri dari akaun Bisnes ke akaun personal atau peribadi, anda boleh lakukannya dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dalam blog ini .

1. Selepas anda buka aplikasi TikTok, tekan pada Profile yang terletak di penjuru bawah kanan untuk pergi ke bahagian Profile.

2. Seterusnya, tekan pada Tab Menu yang terletak di penjuru atas kanan.

3. Kemudian, tekan pada Settings and privacy.

4. Pada laman ini pula, tekan pada Account.

5. Selepas itu, pada bahagian Account ini, untuk mula menukar akaun ke Personal dari Bisnes, anda tekan pada Switch to Personal Account. Bagi yang menggunakan bahasa Melayu, tekan pada Tukar kepada Akaun Peribadi.

6. Diingatkan, dengan penukaran akaun dari Bisnes ke akaun Peribadi, anda akan kehilangan semua ciri Akaun Perniagaan seperti tidak lagi akan menunjukkan laman web dan emel perniagaan. Untuk meneruskan proses penukaran ini, tekan Switch anyway.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran akaun tersebut.

Untuk menukar semula ke akaun Perniagaan, anda boleh ulangi proses yang sama seperti yang ditunjukkan dalam video ini.

Cara Hasilkan Kod QR GrabPay Wallet Dan Print Untuk Terima Duit Dari Akaun Wallet Lain
Cara Tukar Kata Laluan My7E Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa Di Aplikasi My7E 7-Eleven

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *