Cara Download Atau Muat Turun Video Dari Shopee App Guna Pelayar Web Google Chrome
Jika anda ingin download video dari app Shopee seperti video iklan dan video promosi barang untuk disimpan atau ingin kongsi video ini ke rakan, anda boleh muat turun video tersebut guna pelayar web seperti Chrome melalui aplikasi Google Chrome dengan mengikuti beberapa langkah yang kami kongsikan dalam blog ini.
1. Anda buka saja mana-mana iklan barang yang mempunyai video di Shopee yang ingin disimpan. Untuk muat turun video ini, anda perlu salin URL atau pautan iklan barang ini dengan menekan pada butang Share.
2. Selepas itu, tekan pada Copy Link.
3. Kemudian, anda pergi ke aplikasi Google Chrome. Dan tampal atau paste pautan iklan barang Shopee tadi pada ruangan ini dan tekan Go.
4. Seterusnya, anda perlu mainkan semula video iklan Shopee ini dengan menekan pada Play.
5. Selepas itu, anda akan nampak tiga titik ini dan tekan saja pada tiga titik ini.
6. Ia akan paparkan beberapa pilihan seperti tetapn kelajuan video dan gambar. Untuk muat turun video ini, tekan pada Download. Ia akan secara automatik muat turun video tersebut.
7. Sekiranya video ini telah selesai dimuat turun, tekan pada Open.
Kebiasaannya video ini akan disimpan dalam fail Download atau dalam Album Download di galeri gambar telefon. Anda juga boleh cuba guna pelayar web lain yang menyokong fungsi muat turun video seperti Google Chrome.