Cara Tukar Nombor PIN Atau Reset Kod Laluan Boost Wallet Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa nombor PIN atau kod laluan Boost Wallet, anda boleh menukar ke nombor PIN yang baru melalui aplikasi Boost App Malaysia.

1. Selepas anda buka aplikasi Boost, pada laman utama ini, tekan pada Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Selepas itu, tekan pada Account Settings.

3. Pada bahagian tetapan ini, pergi ke bahagian Security dan tekan Reset 6-Digit PIN untuk mula menukar nombor PIN baru.

4. Kemudian, isikan saja nombor PIN baru pada ruangan yang disediakan.

5. Jika sudah selesai, tekan Next.

6. Seterusnya, isikan nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan untuk pengesahan.

7. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran nombor PIN baru ini.

Selepas ini, anda boleh gunakan kod laluan baru ini untuk mengesahkan transaksi atau membuat bayaran. Jika anda masih menghadapi masalah atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi dengan khidmat pelanggan Boost.

Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Public Bank Di PB engage MY
Cara Download Atau Muat Turun Video Dari Shopee App Guna Pelayar Web Google Chrome

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *