Cara Tukar Kata Laluan Akaun GSC App Cinemas Rewards Member Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Sekiranya anda terlupa kata laluan akaun GSC Cinemas Rewards Member, anda boleh menukar ke kata laluan baru atau reset password melalui aplikasi Golden Screen Cinemas di telefon masing-masing.

1. Selepas anda buka aplikasi Golden Screen Cinemas, pada laman utama ini, tekan pada Me yang terletak dipenjuru bawah kanan.

2. Kemudian, tekan pada Sign In untuk pergi ke laman log masuk.

3. Selepas itu, tekan pada Forgot password untuk mula menukar kata laluan baru.

4. Seterusnya, isikan pula nombor telefon yang berdaftar dengan aplikasi ini pada ruangan yang disediakan.

5. Sekiranya sudah selesai, tekan Send dan Confirm untuk menerima nombor OTP.

6. Kemudian, pihak GSC akan menghantar satu SMS pengesahan nombor OTP untuk penetapan semula kata laluan ini. Jadi, isikan saja nombor OTP yang diterima pada ruangan Verification dibawahnya. Jika sudah selesai, tekan Next.

7. Pada bahagian Reset password ini, isikan kata laluan baru anda pada ruangan yang disediakan. Diiingatkan, kata laluan ini mestilah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh GSC Cinemas. Jika sudah selesai, tekan Confirm.

8. Akhir sekali, ia akan paparkan status penukaran kata laluan baru ini.

Cara Daftar Merchant Atau Rakan Niaga Boost Melalui Aplikasi Boost App Malaysia
Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Public Bank Di PB engage MY

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *