Cara Tambah Nilai Baki Touch N Go eWallet Serendah RM1 Secara DuitNow Transfer Dari Public Bank Di PB engage MY
Dalam blog ini, kami akan tunjukkan cara untuk tambah nilai baki atau top up Touch n Go eWallet anda secara DuitNow Transfer dari akaun Public Bank menggunakan aplikasi perbankan PBe.
1. Anda perlu cari dan salin nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet dengan menekan pada Reload.
2. Selepas itu, tekan pada butang Salin untuk menyalin nombor akaun DuitNow Transfer TNG ini.
3. Selepas itu, anda perlu buka dan log masuk ke aplikasi PBe. Dan pada laman utama ini, tekan DuitNow Transfer yang terletak dibawah.
4. Kemudian, anda tekan pada Account Number.
5. Pada bahagian Recipient’s Bank ini, anda perlu scroll ke bawah dan tekan pada Touch n Go eWallet.
6. Seterusnya, isikan pula nombor akaun DuitNow Transfer TNG eWallet penerima pada ruangan ini.
7. Sekiranya sudah selesai, tekan Done.
8. Selepas itu, anda perlu isikan amaun tambah nilai tersebut pada ruangan yang disediakan. Jika sudah selesai, tekan Next.
9. Pada laman ini, anda perlu lengkapkan butiran transaksi ini seperti tarikh, jenis pindahan, rujukan penerima dan beberapa maklumat tambahan lain sekiranya perlu. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.
10. Kemudian, sahkan butiran transaksi ini adalah betul seperti nama dan nombor akaun TNG eWallet serta amaun tambah nilai serta tekan pada kotak ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari PBe.
11. Seterusnya, tekan Confirm dan bagi transaksi kali pertama, anda perlu sahkan sekali lagi dengan menekan pada Proceed.
12. Akhir sekali, ia akan paparkan status tambah nilai ini. Anda diberi pilihan untuk kongsi atau simpan resit transaksi ini dengan menekan pada Share Receipt. Untuk lakukan transaksi lain, tekan pada Make Another Transfer.