Cara Daftar Merchant Atau Rakan Niaga Boost Melalui Aplikasi Boost App Malaysia

Jika anda peniaga dan berdaftar dibawah program Rakan Niaga atau Merchant Boost, ia dapat membantu anda untuk mengurus dan memantau transaksi jualan hanya di hujung jari melalui portal Boost Biz.

Antara kelebihannya, ia memudahkan pembeli membayar secara nirtunai melalui imbasan kod QR yang disediakan khas untuk urusan jual beli bagi perniagaan anda.

Jadi, ikuti blog ini cara untuk daftar sebagai Rakan Niaga Boost melalui aplikasi Boost App Malaysia.

1. Selepas anda buka aplikasi Boost, pada laman utama ini, tekan pada Profile yang terletak di penjuru kanan bawah.

2. Seterusnya, tekan pada Sign up as a Boost Merchant.

3. Pada bahagian pendaftaran ini, isikan saja butiran yang diminta seperti nama perniagaan, alamat emel, nama pemilik perniagaan, nombor telefon dan kata laluan pada ruangan yang disediakan.

4. Pada bahagian OTP, tekan Request OTP untuk menerima nombor OTP.

5. Selepas itu, isikan nombor OTP yang diterima pada ruangan yang disediakan.

6. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

7. Kemudian, pada laman ini, anda perlu memilih jenis perniagaan seperti yang disenaraikan ini sama ada sebagai individu, SME, NGO dan sebagainya.

8. Selepas itu, lengkapkan maklumat yang diminta seperti nama dan nombor kad pengenalan.

9. Pada bahagian Upload Documents, anda dikehendaki untuk muat naik dokumen pengesahan diri seperti gambar kad pengenalan depan dan belakang dengan menekan pada Choose File.

10. Jika sudah selesai, tekan Next.

11. Untuk menerima pembayaran pula, anda perlu masukkan maklumat akaun bank dengan memilih jenis bank, nama akaun penerima dan nombor akaun bank penerima pada ruangan yang disediakan. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

12. Pada laman Business Information ini, isikan pula maklumat perniagaan anda seperi kategori bisnes, sumber atau perniagaan dan alamat bisnes pada ruangan yang disediakan.

13. Jika sudah selesai, tekan Next.

14. Selepas itu, anda dikehendaki untuk muat naik dokumen pengesahan akaun bank seperti penyata bank dengan menekan pada Choose File.

15. Sekiranya sudah selesai, tekan Next.

16. Seterusnya, pada laman pengesahan, sahkan segala maklumat yang telah anda isikan tadi adalah betul dan tepat seperti yang dipaparkan ini. Kemudian, tekan pada bulatan ini sebagai tanda persetujuan dengan terma dan syarat dari Boost.

18. Jika sudah selesai, tekan Submit Application.

19. Anda akan menerima satu emel dari pihak Boost sebagai tanda penerimaan permohonan tersebut.

Dijangkakan proses permohonan ini akan mengambil masa kurang dari seminggu. Anda akan menerima makluman berkenaan status permohonan ini melalui emel yang sama. Mengikut pengalaman kami, proses ini mengambil masa kurang dari sejam.

Cara Bayar Bil TNB Dari Akaun Boost Wallet Melalui Aplikasi Boost App Malaysia
Cara Tukar Kata Laluan Akaun GSC App Cinemas Rewards Member Atau Reset Password Bagi Yang Terlupa

Leave a Reply

Your email address will not be published / Required fields are marked *